Tempat Menarik Di Johor Yang Sesuai Untuk Anda Sekeluarga

Negeri Johor terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Ia terdiri daripada 10 daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Tangkak. Banyak tempat menarik di Johor boleh dilawati sebenarnya.

Ibu negeri Johor adalah Johor Bahru, dan sudah tentu banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di sana. Tambahan pula kedudukannya yang hampir dengan Singapura, maka Johor Bahru memang menjadi tumpuan para pelancong.

Namun begitu, daerah-daerah lain di Johor juga mempunyai banyak tempat yang best untuk anda sekeluarga bercuti. JMalah, jika anda ingin bercuti di kawasan pulau yang cantik seperti pulau-pulau di luar negara juga ada di negeri Johor. Ok, jom kita lihat antara senarai tempat di Johor yang sesuai untuk menjadi destinasi kunjungan anda sekeluarga.

Puteri Harbour, Johor Bahru

puteri

Tanjung Puteri atau Puteri Harbour adalah salah satu tarikan di Johor yang boleh anda lawati bersama seisi keluarga. Terdapat bermacam-macam rekaan arca yang diperbuat daripada buluh di sini. Bagi anda yang suka merakam foto kenang-kenang, bolehlah luangkan masa untuk bergambar sepuas hati di sini. Malah, pemandangan semasa matahari terbenam di sini juga sangat cantik.

Bila anda sudah puas berjalan dan mengambil gambar, bolehlah anda isi perut pula dengan makanan yang sedap lagi lazat di sini. Terdapat banyak pilihan restoran dan tempat makan yang best.

hello kitty

Yang paling menarik di Puteri Harbour ini adalah Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town. Penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan rumah lengkap berkonsepkan Hello Kitty dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu di Hello Kitty Town. Bagi peminat kereta api Thomas, Thomas Town menanti anda dengan replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride. Sebelum ini, anak anda hanya melihat Thomas di kaca televisyen, namun di sini, mereka pasti teruja kerana boleh menaiki kereta api Thomas. Terdapat juga karakter kartun popular yang lain di sini seperti Angry Bird, Barney, Bob The Builder, dan Pingu.

Di sini juga terdapat pusat membeli-belah, restoren dan kafe serta penginapan hotel sekiranya anda ingin bermalam di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Puteri Harbour, anda boleh lihat laman web http://www.puteriharbour.com/

Danga Bay, Johor Bahru

Danga Bay

Danga Bay adalah kawasan perairan yang sangat giat membangun dan menyediakan pelbagai tarikan seperti tempat rekreasi, aktiviti kebudayaan, dan taman permainan untuk kanak-kanak. Antara tarikan utama di Danga ialah pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan karnival sesuai untuk seisi keluarga seperti Ferris Wheel, Merry-Go-Round dan Pirate Ship Ride. Anda sekeluarga juga boleh menaiki tram atau basikal untuk mengelilingi sekitar Danga Bay. Selain itu, tak sahlah kalau tak makan-makan di restoran serta kafe istimewa yang terdapat di sekitarnya.

Taman Awam Hutan Bandar, Johor Bahru

Lihat sahaja pada namanya, kita sudah boleh teka teka apakah kawasan Hutan Bandar ini. Ia adalah sebuah kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru. Ia juga merupakan pusat rekreasi yang mengekalkan fauna dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.

Hutan Bandar

Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Kolam mandi awam ini dibuka untuk kanak-kanak pada hujung minggu dan cuti umum. Anda juga boleh berjogging di sini meliliingi sekitar taman dan 7 buah tasik yang berada di seluruh taman ini.

Selain itu aktiviti lain juga disediakan seperti jungle trekking dan kawasan beriadah yang terbuka untuk seisi keluarga. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Dan kepada yang ingin berkhemah di sini, kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan meliputi kemudahan awam yang lain seperti surau, bilik air, dan lain-lain.

Legoland, Johor Bahru

Legoland, Johor Bahru

Jika sebut Legoland, pasti ramai yang tahu tentang kewujudannya. Malah rasa seperti tidak lengkap percutian seisi keluarga ke Johor Bahru, tanpa berkunjung ke taman tema ikonik Legoland. Anda pasti terpesona dengan binaan replika mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya serta mercu tanda Negara lain seperti Angkor Wat dan Taj Mahal yang dibina sepenuhnya daripada blok Lego di Miniland.

Di bahagian Imagination, anda boleh melihat Legoland secara menyeluruh dari Observation Tower. Anak-anak boleh membina Lego sendiri, menaiki pelbagai ride yang tersedia dan menonton wayang 4D.

Taman temanya terbahagi kepada beberapa bahagian untuk pengunjung terokai iaitu Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Selain bersuka-ria, para pengunjung boleh membeli belah dan menjamu selera di Mall Of Medini serta menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom atau Ninjago.

Lokasi: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor Bahru

Waktu Operasi: 9.00pagi -7.00petang

Harga Tiket: Bergantung kepada pakej

Austin Heights Adventure Park, Johor Bahru

Austin Heights Adventure Park

Tahukah anda, Johor Bahru juga ada taman tema airnya sendiri. Austin Heights Adventure Park mampu memberikan anda pengalaman mencabar dengan gelongsor tiub serta gelongsor air yang popular di sini. Cabaran lain seperti Yellow Wall, Supersurf dan Rainbow Hood pasti menghiburkan anda seisi keluarga.

Selain taman tema air, kawasan ini juga menawarkan aktiviti menarik lain kepada pengunjung seperti Adventure Park yang tidak kurang hebatnya, ski, go kart drift, dan Jump Street trampoline park.

Lokasi: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru

Waktu Operasi: 10pagi – 7.00malam

Harga Tiket: Bergantung kepada pakej

Pantai Desaru, Kota Tinggi

Pantai Desaru

Pantai Desaru adalah tempat peranginan di Johor yang popular di kalangan warga JB dan juga Singapura. Anda akan nikmati pepasir pantainya yang putih serta pemandangan Laut China Selatan di sini. Terdapat beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini seperti snorkelingjet ski, dan parasailing dan naik kereta kuda.

Bagi peminat aktivtiti surfing, anda boleh berkunjung ke sini pada Disember hingga Februari di mana pada waktu itu ombak agak kuat dan sesuai untuk aktiviti peluncuran. Selain itu, anda boleh melihat kunang-kunang di Sungan Lebam pada waktu malam untuk melengkapkan percutian anda di sini.

Lokasi: Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi

UK Agro Resort/ Farm, Kluang

UK Agro Resort

UK Agro Farm adalah sebuah ladang biri-biri dan kambing terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancong dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah. Tempat ini juga sesuai bagi pelancong yang ingin mengenali budaya penternakan di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh di lakukan selain tengok kambing/biri-biri ialah memanah, menunggang kuda dan melawat ladang cendawan.

Dan yang lebih menarik, lading ini juga mempunyai resort sekiranya pelancong ingin bermalam di sini. Resort ini telah menjalinkan kerjasama dengan penduduk sekitar untuk menjalankan Projek Felda Ayer Hitam Homestay di mana lebih 120 rumah penduduk tempatan dijadikan sebagai rumah tumpangan untuk pengunjung resort ini yang inginkan suasana kampung.

Lokasi: Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, Jalan Batu Pahat, Kluang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 5.00petang)

Harga Tiket: Bergantung kepada pakej

Komtar JBCC Shopping Complex, Johor Bahru

 Komtar JBCC Shopping Complex

Ia adalah sebuah pusat membeli-belah yang besar dan menempatkan banyak lot kedai dan tempat makan yang best. Pelbagai jenis produk dijual di sini, daripada yang berjenama sehinggalah yang tiada jenama. Selain itu, pilihan restoran juga banyak di sini. Malah, yang lebih menarik di sini adalah Angry Bird Indoor Theme Park.

angry bird

Ia merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor dan terletak di aras 3 Komtar JBCC. Taman hiburan ini mengandungi lebih sedozen permainan untuk kanak-kanak. Antaranya ialah Red’s Jungle Run, permainan ini dibina seperti permainan animasi Angry Bird sendiri. Tidak cukup dengan itu, di kawasan South Beach, anda boleh bermain permainan Angry Bird ini di skrin besar sambil menonton filem Angry Bird secara percuma. Terdapat juga restoran dan kedai cenderamata disediakan di sini.

Lokasi: Komtar JBCC, Johor Bahru City Centre, Johor Bahru

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 10.00malam)

Harga Tiket Angry Bird Indoor Theme Park: Warganegara (RM60) | Warga Asing (RM75)

Ladang Burung Unta, Kota Tinggi

Ladang Burung Unta, Kota Tinggi

Ladang burung unta ini menempatkan lebih 100 ekor burung unta. Uniknya, penjaga burung unta di sini akan menjadi pemandu pelancong peribadi untuk setiap pengunjung yang datang sini. Pengunjung akan dapat menikmati layanan istimewa sepanjang lawatan di seluruh ladang ini. Sudah pastinya, pengalaman menunggang burung unta menjadi aktivit wajib bila bertandang ke sini.

Pengunjung dapat menunggang burung unta dengan membuat bayaran tambahan. Anda tidak perlu risau kerana penjaga burung unta akan sentiasa berada di sisi anda untuk memastikan keselamatan anda terjaga. Selain itu, terdapat kedai cenderamata di ladang ini untuk anda buat sebagai kenangan.

Lokasi: EMR 15 Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Waktu Operasi: 10.00pagi – 6.00petang

Harga Tiket: Dewasa RM12 | Kanak-kanak RM8

Taman Buaya Teluk Sengat, Kota Tinggi

Taman Buaya Teluk Sengat, Kota Tinggi

Taman buaya ini menempatkan lebih 1000 ekor buaya. Anda berpeluang untuk melihat pelbagai jenis buaya di sini malahan dikatakan terdapat buaya yang sudah berusia lebih 100 tahun. Di samping itu, anda juga bakal menyaksikan penjaga buaya memberi makanan kepada buaya-buaya di dalam sangkar dengan jarak yang dekat.

Untuk pengalaman yang lebih mengujakan, anda boleh memegang sendiri anak buaya yang tidak berbahaya. Anda boleh membelai mereka dan menangkap gambar bersama mereka. Dan untuk melengkapkan perjalanan anda di sini, anda boleh berkunjung ke gerai cenderahati di sini.

Lokasi: Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, Kota Tinggi

Waktu Operasi: 9.00pagi – 6.00petang

Harga Tiket: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4

Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi

Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi

Ia adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan lebih 100 ekar. Anda boleh mengenali dengan lebih dekat akan kekayaan buah-buahan tempatan. Di lading ini terdapat lebih 100 jenis buah-buahan yang segar. Pengunjung berpeluang untuk memilih buah pilihan sendiri sambil dibantu oleh staf ladang. Antara buah-buahan berkualiti tinggi yang terdapat di sini ialah durian, durian belanda, jambu madu, jambu batu, limau madu dan berbagai-bagai lagi. Malah, ladang ini juga menyediakan zoo mini, kolam ikan koi, dan lain-lain tarikan.

Terdapat pelbagai pakej lawatan disediakan di sini, anda boleh memilih untuk menyertai lawatan separuh hari atau bermalam di sekitar chalet yang disediakan.

Lokasi: No. 92, 82200 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: 9.00pagi – 6.30petang

Harga Tiket: RM10

Kuso Trick Art Gallery, Johor Bahru

Kuso Trick Art Gallery, Johor Bahru

Mana-mana percutian dan lawatan bersama keluarga akan lebih terasa indahnya jika banyak foto-foto yang cantic yang boleh dirakam. Lawatan anda di Johor Bahru kurang sempurna jika tidak ke Kuso Trick Art Gallery. Galeri ini menawarkan pelbagai lukisan seni yang seakan-akan benar.

Anda boleh bergambar dalam pelbagai gaya di samping menggunakan prop yang tersedia untuk mendapatkan gambar yang bermutu dan nampak real. Terdapat pelbagai tema lukisan di sini antaranya ialah komedi, seram, dan romantik. Para pengunjung akan diberikan taklimat ringkas oleh kakitangan galeri ini sebelum memulakan jelajah mereka. Koleksi gambar yang cantik ini nanti bolehlah anda muat naik di laman sosial anda.

Lokasi: No 83-85, Jln Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Waktu Operasi: 11.00pagi – 9.00petang

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Warga Emas RM15

Dinosaur Alive Water Theme Park, Johor Bahru

Dinosaur Alive Water Theme Park, Johor Bahru

Taman tema ini dikendalikan oleh KSL Hotel & Resort. Taman tema yang mula beroperasi pada 2013 ini bertemakan dinosaur. Para pengunjung akan disambut dengan ngauman Tyrannosaurus Rex. Terdapat beberapa gelongsor air yang agak kecil dan bersesuian untuk kanak-kanak.

Di samping itu, terdapat juga replika dinosaur yang mencapai ketinggian 85 kaki. Antara tarikan lain di sini ialah terdapat dinosaur animasi yang akan bergerak secara tiba-tiba apabila ada pengunjung yang datang berdekatan. Buat pengunjung yang datang membawa keluarga ke sini, jika anak anda tidak berhati-hati, anak anda mungkin terkejut dan akan menangis.

Lokasi: Tingkat 7, KSL Hotel & Resort, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Waktu Operasi: Setiap hari

Harga Tiket: Tetamu hotel: Percuma | Tetamu luar: RM50

Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi

Air terjun ini terletak 15km dari pekan Kota Tinggi. Terdapat gelongsor air dan air terjun pelbagai tingkat dari cetek hingga dalam di sini. Kawasan air terjun ini sentiasa dikunjungi ramai orang terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah. Kemeriahan kawasan ini akan menambahkan lagi keseronokan anda sekeluarga untuk bermandi-manda.

Untuk bermain gelongsor air, anda boleh menyewa pelampung di sini pada kadar harga yang berpatutan. Air terjun utama terletak selepas kedai sewa pelampung. Di sini, pengunjung gemar bertenggek di bawah air terjunnya yang deras mengalir. Selain itu, anda boleh menginap di Resort Air Terjun Kota Tinggi yang terleetak berdekatan dengan air terjun ini.

Lokasi: Air Terjun Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi

Waktu Operasi: Setiap hari

Harga Tiket: Harga berbeza mengikut warganegara dan peringkat umur

Zenxin Organic Park, Kluang

Zenxin Organic Park, Kluang

Anda boleh datang ke sini jika anda ingin merasa buah-buahan segar yang boleh dipetik sendiri dari pokoknya. Zenxin Organic Park ini pada mulanya adalah sebuah kilang yang menghasilkan baja. Kemudian ia bertukar menjadi tempat menjual hasil pertanian organic. Mereka akan menyambut tetamunya dengan teh buah mulberi yang dibancuh segar.

Ladang ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh melawat kebun buah naga, kebun buah mulberi, kebun timun, di samping melawat ladang ternakan arnab dan itik. Anda juga boleh memilih untuk berjalan atau menyewa basikal untuk melawat ladang yang sangat besar ini.

Terdapat juga aktiviti seni yang sangat unik di mana anda perlu mengetuk bunga di atas kertas sehingga ia meninggalkan kesan dan warna mengikut bunga tersebut. Malah, anda juga berpeluang untuk menikmati kesegaran jus buah mulberi dan jus buah naga yang enak di sini.

Lokasi: No.8, Jalan Teknologi 1, Kawasan Perindustrian Mengkibol, Kluang

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30pagi – 6.30petang)

Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM12

Pantai Stulang Laut, Johor Bahru

Pantai Stulang Laut, Johor Bahru

Pantai ini sering menjadi tumpuan kerana lokasinya berdekatan dengan Zon Bebas Cukai. Ini memudahkan pengunjung bersiar-siar setelah selesai membeli-belah. Selain itu, terdapat Medan Selera Stulang yang menyediakan makanan laut yang sedap dan lazat. Para pengunjung biasanya datang ke pantai ini pada waktu malam untuk menjamah hidangan seafood sambil melihat cahaya lampu yang datang dari Singapura sambil dibelai bayu laut.

Pakej yang sangat lengkap. Makanan laut yang sedap, pemandangan cahaya lampu dari negara jiran yang indah, angin laut yang dingin sambil ditemani deruan ombak, Pantai Stuang Laut pasti menjanjikan pengalaman yang tidak mudah untuk anda lupakan sekiranya anda datang ke sini.

Lokasi:  Jalan Padang Satu, Stulang Bahru, 81100 Johor Bahru

Itulah dia antara tempat menarik di Johor  yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk kali ini.  Selamat bercuti ke Johor.

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Maisinggah
  3. Siraplimau
  4. Husna Ismail

Senarai Tempat Pelancongan Menarik Di Johor, Malaysia

Negeri Johor antara negeri yang menawarkan kepelbagaian destinasi percutian yang boleh dilawati bermula daripada laut yang membiru serta pantai yang indah di Pulau Rawa dan Pulau Sibu, hutan paya bakau di Tanjung Pial, taman tema Legoland Malaysia  dan pelbagai lagi tarikan lain. Terletak bersempadan dengan Singapura antara sebab Johor antara destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong negara seberang.

//servedby.eleavers.com/ads/ads.php?t=MjI3NjY7MTM2ODc7c3F1YXJlLm1lZGl1bV9yZWN0YW5nbGU=&index=1

List Of Interesting Places In Negeri Johor, Malaysia Senarai Kawasan Pelancongan Yang Menarik Di Negeri Johor, Malaysia 

Pulau Kukup Johor National Park / Pulau Kukup
Pulau Kukup is one of the largest uninhabited mangroves in the world. It is also the only one situated in Johor waters. Today, Pulau Kukup has received international recognition, being granted the status of a ‘Wetland of International Importance’ (RAMSAR site) by the Geneva- based Ramsar Convention Bureau. A local folklore tells the tale of Pulau Kukup, an abode for five celestial princesses. One day, one of them fell in love with a sailor and they eloped. A curse was set upon the island of Kukup and it was submerged by sea. 
The island later resurfaced, but it was covered in mangroves. Many have tried to settle on this island, but without success. Some say this is because the island is inhabited by spirits. Pulau Kukup is today the home of countless species of wildlife. Among these are playful monkeys, quiet mudskippers and nosy wild boars. Enjoy the beauty of the national park, and be immersed in a delightful natural ecosystem.

Pulau Rawa / Rawa Island
Sixteen kilometres off the coast of Mersing is Pulau Rawa. The island is famed for its white coral sand, tall palm trees and coral reefs with neon-coloured fish and other exotic marine life. This quiet island only has two choices of accommodation on it. The wooden chalets nestled amongst coconut groves complement the island’s reputation as a quaint hideaway, perfect for those wanting to escape the hustle and bustle of the city.

Pulau Sibu / Sibu Island
Pulau Sibu is a pleasant hideaway with its lush tropical vegetation, endless stretches of golden beaches and clear blue waters. The island is also dotted with numerous sea caves carved out of rocks. The constant pounding of the sea during the monsoon season has given the island a beautiful yet rugged appearance. It consists of several islands, namely Sibu Besar Island, Sibu Tengah Island, Sibu Kukus Island and Sibu Hujung Island. There are four main beaches on the eastern side of Sibu. Sibu Besar, the main island, is approximately 6 km long and 1 km wide, and for the most part covered by tropical vegetation.
The surrounding waters contain fascinating coral reefs teeming with colourful marine life. Shipwrecks off its coast can also be found. In the olden days, Chinese junks and pirate vessels often exchanged cannon fire around this island, and the remains of these battles lie scattered around the seabed. There are facilities for scuba diving, snorkelling, windsurfing, sailing and angling. Visitors can go for a hike through the jungle leading to unspoilt mangrove swamps or visit the kelong, or jetty, where anchovies are caught. Alternatively, head for the kampung, or village, to get a first-hand look at how coconuts are smoked to make copra. 

Desaru beaches / Pantai Desaru
Desaru beaches are among the best in Johor. Many returning visitors agree that its white sandy beaches are a sight to behold. The beaches are clean, lined with casuarina trees and stretch 25 kilometres long. Here, visitors can enjoy fun- filled activities such as fishing, boating, swimming, hiking as well as other outdoor activities. Take the opportunity to relax or get that sexy tan, while listening to rushing waves and enjoying the cool breeze. Numerous hotels, resorts and chalets line the area, making accommodation simple and convenient.

Pantai Kampung Air Papan
Water Board, coordinated 2 ° 30’59 .26 “N 103 ° 50’5 .6” T, is a beach located in Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Located about 12 KM north of Mersing, the beach is popular with locals, especially on weekends and public holidays. They can swim in the blue water, playing in the beach area or just sit and relax in the shade of the trees along the edge of the beach. From here, visitors can see quite clearly the archipelago as the Big Island, Rawa Island, Tioman Island and Middle Island, and nearby smaller islands such as Pulau Batu Gajah and Pulau Setindan.

Endau Rompin National Park
Endau Rompin, straddling the Johor/Pahang border, is the second National Park after Taman Negara. It covers an area of approximately 80,000 hectares of rich and exotic flora and fauna, encompassing the watershed of the rivers Endau and Rompin, from which it derives its name. In other words, this place is huge. The park is home to a vast species of birds, mammals, frogs, insects and exotic varieties of orchids, herbs, medicinal plants and trees. It seems that every time a scientific expedition returns from Endau Rompin, they discover a new species! 
Regular treks through the jungle will give adventurers sightings of leaf monkeys, long-tail macaques, white- handed gibbons, elephants, deer, tapirs and the occasional tiger and leopard. For adventure lovers and river trekkers, there are exhilarating rapids and fairly substantial waterfalls. To protect the pristine environment, only limited areas of the park are open for ecotourism. Entry to the park requires a special permit from the Johor National Park Corporation.

Gunung Ledang / Ophir Mount
Shrouded in mystical legends and folklore, Gunung Ledang continues to charm and intrigue locals and visitors alike. According to the legend of the Princess of Gunung Ledang, the Sultan of Melaka wanted the Princess’ hand in marriage and she, not wanting to marry him, demanded that the Sultan present her with seven jars of women’s tears, seven trays of mosquitoes’ hearts and seven bowls of the Sultan’s son’s blood. After he was unable to meet these impossible requests, she fled to the mountain and continues to live in a hidden cave, to this day. 


The mountain is ideal for a myriad of outdoor activities with challenging mountain trails, icy waterfalls, and exotic flora and fauna, including many species of birds. At the relatively flat summit, which is 1,276m above sea level, a panoramic view of the Straits of Melaka and even the Sumatran coastline can been seen on a clear day. Also, Sagil Waterfall is a popular picnic spot at the base of the mountain.

Tanjung Piai National Park
If you’ve ever dreamed of falling asleep to the lilting sounds of the ocean, or waking up to the splendour of the universe, Tanjong Piai presents itself as a natural wonderland at the southernmost tip of Asia. Located 90km south of Johor Bahru’s city centre, Tanjung Piai’s natural wonders have been gazetted into a National Park. Its beautiful mangroves, important for their resilience, are one of the mainstays to sustainable growth of the various mangrove wildlife. They also serve to protect the land from the fierce onslaught of the wild sea. 

//servedby.eleavers.com/ads/ads.php?t=MjI3NjY7MTM2ODc7c3F1YXJlLm1lZGl1bV9yZWN0YW5nbGU=&index=1


Frolic with wide-eyed mudskippers, funny macaques, wild birds and other wildlife. Platforms built throughout the park allow visitors to observe the different habitats supported by the mangroves. Just bring a pair of good walking shoes to enjoy the mangroves in comfort.

Kota Tinggi Waterfalls / Air Terjun Kota Tinggi
Kota Tinggi Waterfalls is located about 16 km from Kota Tinggi. waterfall located in the mine, 16 kilometers northwest of the city, is a very popular tourist destination. As high as 36 meters, this waterfall is located at the foot of Mount Muntahak which has a height of 634 meters. The cold water flowing across some shallow pool ideal for swimming. The natural beauty of some of these places have been damaged by the development of the resort with artificial landscaping.

Sungai Lebam Wetlands
Watching fireflies, or lightning bugs, is one of the main attractions in the Sungai Lebam Wetland Preservation area. Catching sight of the synchronised blinking lights for the first time is a magical experience. Fireflies emit light at their lower abdomen to attract mates and also scare away predators. They are harmless, but visitors should refrain from catching any as this would pose a threat to its fragile population. 


Fireflies often congregate at a vast mangrove swamp, especially at the Berembang trees. One should keep silent and avoid flash photography so as not to scare them away. There are fewer fireflies around on rainy nights and when the moon is full. The best time to watch fireflies is one to four hours after sunset. To get the most out of your trip, do plan your journey in advance.

DangaBay
Danga Bay is the largest recreational park in Johor. The park is situated close to the Istana Bukit Serene . Danga Bay is usually the choice of location for events during the festive season. Danga Bay is expected to be the next exclusive waterfront development as it offers high-end outlets, luxurious properties as well as entertainment. The Danga Bay is easily accessible through the network of main roads which makes this place a frequently visited spot by the locals. 

Mawar GalleryThe first of its kind in Malaysia, the Mawar Gallery showcases the “Gracious and Famous Ladies of Johor”. Housed in a building about 100 years old, the permanent gallery is an amazing achievement towards the recognition of women in Johor, especially to those who have publicly contributed to the knowledge and achievements of Johor. Portraits of all past Sultanahs of Johor since 1886 until the present day, as well as ladies of the Royal Family and grand ladies of Johor are displayed here, serving as a tribute to ladies from all walks of life and professions. 

Puteri Harbour Theme Park 
Puteri Harbour Theme Park is in a modern block which resembles a shopping mall or an office complex. A sign outside says ‘Little Red Cube’. It is located in the fast developing Nusajaya district adjoining a new marina and faces Singapore on the opposite bank of the Straits of Johor.
Part of this complex was still being completed and no doubt more shops and restaurants will open up in the coming months. The Ground Floor of the complex is made up of a large merchandise store, the Red Bow Café and the ticketing counters. The shop sells Hello Kitty, Pingu, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina and Thomas the Tank Engine products. Escalators lead up the First Floor where Sanrio Hello Kitty Town is located. The escalators continue up to the Second Floor and Third Floors where the Little Big Club is located.

Zoo JohorZoo Johor is considered as one of the oldest zoos in Malaysia as it was built in the year of 1928. There are more than 100 species of animals living in Zoo Johor including some endangered species of them animals. They are gorillas, elephants, flamingos, horses, lions and much more. The entrance fee is just RM3. The zoo is clean and well organized with clean food selling around the stalls. This is definitely one favorite spot for families especially the children. There are animal shows for the entertainment of you folks too. 

Johor Premier Outlets
Shopaholics will love this place, an outdoor shopping centre with a collection of over 60 designer fashion, sportswear, shoes, bags, accessories and gift shops selling branded items at direct from factory prices. Not really my cup of tea, but a pleasant atmosphere, plenty of parking and a good selection of places to eat.

Legoland Malaysia Theme Park
Legoland Malaysia theme park, the first in Asia, is situated in Nusajaya, Johor. Situated on 76 acres of land, the park is the sixth such park to open in the world. Previous parks are located in Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, USA (1999), Germany (2002), Florida, USA (2005). Legoland is built with over 40 interactive rides, shows and attractions. One of the main attractions here is the Miniland. More than 30 million lego bricks are used in the building of these monuments including the Petronas Twin Towers, The Merlion Statue, Taj Mahal and others.
These well-known buildings are built using lego bricks, an interactive world on a scale of 1:20 where people, trains and aeroplanes come to life at the touch of a button. Other attractions at the park include Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic. In the theme park, there is also an Observation Tower which is the highest tower in Legoland Malaysia, some 60 meters from the ground. This is also the third Legoland observation tower in the world after Denmark and Germany. Legoland is a fascinating place to visit for children and adults alike! 

Kota Iskandar, Johor Kota Iskandar, Johor State Administrative Centre was opened in April 2009 and is now one of the must see places in Johor. Inspired by Moorish-Andalusian and Johor Malay designs and motifs, Kota Iskandar is Malaysia’s first Experiential Parliament where visitors through our guided tours will be allowed the chance to enter Johor’s beautiful state parliament hall and immersed in Johor’s rich culture and history while understanding the symbolisms and abstract interpretations in true style and splendour of Kota Iskandar- Johor Living Legacy. 

 

P/s: Diharapkan dengan entry kali ini, akan memudahkan dan menjadi rujukan bagi anda semua mencari info dan senarai kawasan yang menarik untuk dikunjungi di sekitar negeri Johor


Senarai di atas hanyalah sebahagian kecil daripada tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda mengunjungi Negeri Johor, jadi bagi anda yang mempunyai info / maklumat tambahan mengenai kawasan menarik lain yang tidak tersenarai di sekitar Negeri Johor bolehlah kongsikan di ruangan komen sebagai maklumat dan rujukan bersama, sekiranya anda suka entry ini jangan lupa bookmark dan share 😛

Sumber…sobriyaacob.com

Lagi tempat menarik di Johor

Anda ingin bercuti di tepi pantai dan pulau? Atau anda merupakan seorang penggemar aktiviti outdoor? Anda ingin melihat monumen dan bangunan bersejarah? Anda mahu merasa makanan tempatan yang enak lagi asli? Atau mungkin anda seorang kaki shopping dan gemar barangan yang berkualiti tinggi dan berjenama terkenal pada harga yang murah? Anda mahukan semua ini ketika anda ingin bercuti?

Tak perlu gusar kerana sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia menyediakan semuanya untuk anda. Johor Darul Takzim, sebuah negeri yang kini pesat membangun, kaya dengan pelbagai keunikan dan tarikan pelancong.

Baik keindahan pulau, pantai, dan gunung, keenakan dan keaslian makanan tempatan, mahupun kemegahan bangunan dan monumen bersejarah, negeri yang terdiri daripada 10 buah daerah ini menjanjikan pengalaman percutian yang terbaik untuk pelbagai jenis pelancong.

Anda tidak akan salah jika anda membuat keputusan untuk melancong ke Johor kerana kami akan menceritakan mengapa Johor sepatutnya berada dalam senarai tempat yang anda perlu tujui. Di bawah kami telah menyusun tempat menarik di Johor buat panduan bercuti kesana kelak.

Desaru Coast Adventure Waterpark

Desaru Coast Adventure Waterpark
Sumber: Desaru Coast Adventure Waterpark

Tidak puas lagi bermandi-manda di Austin Heights atau Dinasour Alive? Jom puaskan lagi keinginan bermain air di Desaru Coast Adventure Waterpark.

Terletak di dalam kawasan berkeluasan 21 ekar, Desaru Coast Adventure Waterpark 5 zon tarikan berbeza dengan permainan-permainan air dan kering.

Bagi yang sudah puas menyegarkan badan, anda boleh menuju ke padang golf Desaru yang menyajikan pemandangan lanskap tropika serta Laut China Selatan yang sangat mendamaikan jiwa.

Angry Birds Activity Park, Johor Bahru

Angry Birds Activity Park Johor
Sumber: Angry Birds Activity Park

Masih tidak cukup dengan Lego dan Hello Kitty, sebuah lagi taman tema kanak-kanak yang bertemakan permainan animasi terkenal, Angry Bird juga dibuka di Johor Bahru. Dibuka di Komtar JBCC, taman hiburan ini mengandungi lebih sedozen permainan untuk kanak-kanak. Antaranya ialah Red’s Jungle Run, permainan ini dibina seperti permainan animasi Angry Bird sendiri.

Oleh itu para pengunjung dapat bermain permainan ini dalam kehidupan sebenar sambil mengalami perasaan menjadi watak-watak dalam permainan tersebut. Tidak cukup dengan itu, di kawasan South Beach, anda boleh bermain permainan Angry Bird ini di skrin besar sambil menonton filem Angry Bird secara percuma. Terdapat juga restoran dan kedai cenderamata disediakan di sini.

Dinosaur Alive Water Theme Park, Johor Bahru

Dinosaur Alive Water Theme Park Johor Bahru
Sumber: KSL Resorts

Dikendalikan oleh KSL Hotel & Resort, taman tema yang mula beroperasi pada 2013 ini bertemakan dinosaur. Para pengunjung akan disambut dengan ngauman Tyrannosaurus Rex. Terdapat beberapa gelongsor air yang agak kecil dan bersesuian untuk kanak-kanak.

Di samping itu, terdapat juga replika dinosaur yang mencapai ketinggian 85 kaki. Antara tarikan lain di sini ialah terdapat dinosaur animasi yang akan bergerak secara tiba-tiba apabila ada pengunjung yang datang berdekatan.

Buat pengunjung yang datang membawa keluarga ke sini, jika anak anda tidak berhati-hati, anak anda mungkin terkejut dan akan menangis.

Austin Heights Water & Adventure Park

Austin Heights Water & Adventure Park
Sumber: Austin Heights Water Adventure Park

Sudah melawat macam-macam lokasi menarik di sekitar Johor dan dah tak larat nak teruskan perjalanan lagi? Mai bawa keluarga segarkan badan sambil berseronok di Austin Heights Water & Adventure Park. Sekali masuk ke dalam kawasan taman tema air ni, terus terlupa segala kepenatan!

Yang menariknya, Austin Heights bukan sahaja menawarkan Water Park untuk anda sekeluarga bermandi-manda yang padat dengan bermacam jenis permainan air, tapi juga pelbagai tawarkan tarikan untuk berseronok yang lain seperti Adventure Park, Jump Street, Skating Rink dan lain-lain. Sehari memang tak cukup!

Tanjung Piai, Pontian

Tanjung Piai
Sumber: Saya Orang Johor

Mercu tanda setinggi 20 meter menandakan bahawa Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan bagi benua Asia. Dibina pada tahun 2001, mercu tanda itu berwarna kelabu bagi melambangkan hutan paya bakau di Tanjung Piai.

Merupakan kawasan penghijrahan pelbagai jenis burung dan rumah kepada bermacam-macam haiwan liar, kawasan paya bakau di sini dideklarasikan sebagai taman negara pada tahun 2004 dan berkeluasan sehingga 900 hektar.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, Tanjung Piai menjadi kawasan kegemaran para pemancing dan kepada yang suka bersiar-siar melihat pemandangan Selat Tebrau.

Terdapat juga jambatan kayu merentasi hutan paya bakau untuk membolehkan para pengunjung berjalan di tengah-tengah hutan paya bakau ini. Dan yang paling menarik sudah pastinya sebuah monumen yang menandakan Tanjung Piai sebagai titik hujung benua Asia dan dibina di atas pelantar yang menganjur ke laut Selat Melaka.

Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi
Sumber: Media Johor

Terletak 15km dari pekan Kota Tinggi, air terjun ini menjadi kawasan tumpuan baik yang datang berkeluarga atau yang inginkan berseronok bersama rakan-rakan. Terdapat gelongsor air dan air terjun pelbagai tingkat dari cetek hingga dalam, anda pasti akan berpuas hati jika datang berkunjung ke sini.

Sentiasa penuh terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah, anda boleh menginap di Resort Air Terjun Kota Tinggi yang terleetak berdekatan dengan air terjun ini. Untuk bermain gelongsor air, anda boleh menyewa pelampung di sini pada kadar harga yang berpatutan. Air terjun utama terletak selepas kedai sewa pelampung. Di sini, pengunjung gemar bertenggek di bawah air terjunnya yang deras mengalir.

Gunung Ledang, Muar

Gunung Ledang
Sumber: Joshua Yong

Siapa saja yang tidak kenal dengan kisah mistik gunung ini. Gunung yang paling tinggi di Johor ini merupakan gunung kegemaran bagi para pendaki gunung atau hiker.

Pendakian yang biasanya mengambil masa selama 5 hingga 6 jam tidaklah sesenang yang disangka. Trek di gunung in berbatu dan licin serta ada bahagian yang memerlukan bantuan tali untuk sampai ke puncak.

Terdapat dua denai untuk sampai ke puncak, iaitu melalui Asahan, Melaka atau melalui Resort Gunung Ledang, Muar.

Anda boleh memilih denai tersebut mengikut kemampuan anda. Adalah disarankan untuk anda membeli permit dan melaporkan aktiviti anda terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Air Terjun Gunung Ledang, Muar

Air Terjun Gunung Ledang
Sumber: Hafiz Arif

Dan jika anda sudah penat mendaki, anda boleh hilangkan lelah anda dengan berehat di air terjun di kaki gunung ini. Air terjun yang bersih dan sejuk ini merupakan destinasi menarik di Muar yang memang sudah terkenal di kalangan penduduk Johor dan pelancong luar.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini antaranya berkhemah, berkelah, meredah hutan di samping mandi manda. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan di sini seperti surau, bilik persalinan, dan tandas.

Letih mendaki, diubat dengan air terjun yang sejuk dan nyaman, Gunung Ledang sudah pastinya patut berada dalam senarai penjelajahan anda.

Kota Tinggi Firefly Park

Kota Tinggi Firefly Park
Sumber: Kota Tinggi Firefly Park

Ingin tenggelam dalam dunia magikal seperti dikelilingi oleh bintang yang berkerlipan? Anda boleh menikmatinya sekira ke Kota Tinggi Firefly Park.

Di sini, anda sekeluarga berpeluang menaiki bot untuk menyelusuri sungai dan melihat kehadiran kelip-kelip yang banyak berterbangan di sekitar memandangkan Kota Tinggi merupakan kawasan yang cukup terjaga alam semula jadinya.

Namun begitu, Kota Tinggi Firefly Park menetapkan minimum seramai 6 orang untuk sekali trip menyelusuri sungai.

Gunung Lambak, Kluang

Gunung Lambak
Sumber: Amer Hafiz

Berketinggian 510m dari aras laut, Gunung Lambak merupakan antara gunung yang mudah didaki justeru menjadikannya antara tempat yang sering dilawati di Kluang. Gunung ini mempunyai dua puncak dan beberapa denai untuk sampai ke kedua-dua puncak tersebut. Treknya penuh dengan flora dan fauna yang mempersonakan dan tidak terlalu memenatkan. Anda akan melalui jalan simen dahulu.

Tiba di suatu bahagian, anda perlu menempuh hutan dan sedikit cerun bukit untuk sampai ke puncak. Sesudah tiba di tengah bukit, anda akan jumpa satu papan tanda untuk anda berehat sebentar. Anda boleh memilih untuk ke Puncak Utara atau Puncak Selatan dari situ (untuk maklumat anda, pemandangan di Puncak Utara lebih cantik).

Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai

Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai
Sumber: Ace Creationz

Siapa sahaja yang tidak ingat akan kisah banjir lumpur yang telah mengorbankan lima nyawa di kaki Gunung Pulai di samping menghanyutkan empat buah rumah di kampung sekitar. Hutan lipur yang menjadi tumpuan peminat aktiviti lasak ini kemudiannya ditutup selepas kejadian itu.

Namun begitu, pada tahun 2016, kawasan ini dibuka semula untuk pengunjung datang ke sini dan menikmati keindahan alam semula jadi di gunung ini. Terdapat dua hutan lipur di sini, Gunung Pulai yang setinggi 654m dari aras laut ini sesuai untuk pendakian senang.

Pemandangan apabila anda berada di puncak juga sangat cantik dengan pemandangan kawasan kampung di sekitar kaki gunung tersebut.

Dan yang paling menarik, di sepanjang pendakian anda boleh bertemu dengan banyak air terjun yang nyaman dan sesuai untuk anda menyejukkan kaki dan berehat jika anda penat mendaki.

Taman Negara Endau Rompin, Mersing

Taman Negara Endau Rompin, Mersing
Sumber: Tourism Johor

Bagi peminat aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi, taman negara ini sudah pastinya berada dalam wishlist mereka. Berkeluasan sehingga 80,000 hektar, taman negara yang berkongsi dengan negeri Pahang ini merupakan taman negara kedua di Malaysia dan sangat kaya dengan flora dan fauna yang unik dan tersendiri.

Haiwan seperti gajah, tapir, rusa, dan harimau adalah antara binatang liar yang boleh didapati di sini. Di samping tarikan fauna, keunikan flora di sini seperti herba dan orkid menjadi kawasan tumpuan para pengkaji dan penyelidik untuk ‘menginap’ di dalam hutan ini untuk berminggu-minggu.

Untuk peminat aktiviti lasak, anda boleh melakukan jungle trekking dan berkhemah di dalam taman negara ini di samping mandi manda di air terjun yang terdapat di sini.

Tarikan alam semula jadi lain di Johor:

  • Air Terjun Sungai Bantang (Segamat)
  • Gunung Muntahak (Kota Tinggi)
  • Hutan Lipur Gunung Belumut (Kluang)
  • Hutan Lipur Gunung Panti (Kota Tinggi)
  • Hutan Lipur Gunung Arong (Mersing)

Pulau pulau menarik di Johor

Mendambakan pengalaman percutian yang tiada tara banding keindahannya? Percutian di pulau tropika adalah jawapannya. Pemandangan dan ketenangan yang dapat dinikmati di dunia yang jauh dari hiruk-pikuk kota ini sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.

Cukup mendamaikan sehingga mampu melenyapkan segala masalah yang ada. Kejernihan air di sekitar pantai pulau-pulau ini menghidangkan anda dengan panorama hidupan marin yang tidak mungkin dapat dilihat di tempat lain.

Sediakan kamera kalis air dan skills menyelam skuba anda untuk sebuah eksplorasi alam yang bakal dinikmati di pulau-pulau indah sekitar Johor ini. Dimanakah pulau dengan keindahan melampau ini?

Pulau Mensirip

Pulau Mensirip Johor - Main Image
Sumber: Postmandiver

Jika anda tercari pulau yang dapat memberikan anda ‘feeling’ seperti di dalam filem Cast Away, terdampar di pulau yang tiada sebarang struktur binaan dan sunyi dari penghuni, Pulau Mensirip adalah salah satunya.

Dalam masa yang sama, keindahan air di sekitarnya yang jernih dan kaya dengan hidupan marin menjadikan ia lokasi kegemaran kaki snorkeling dan menyelam skuba. Sepertimana Pulau Rawa, Pulau Mensirip juga dilitupi oleh hutan tebal.

Bagaimana sekalipun cuaca sewaktu anda di pulau ini, satu-satunya tempat untuk anda berlindung adalah di bawah pokok-pokok ini.

Nak selamat? Lihat ramalan cuaca dulu ya? Apa-apa pun, sebelum ke sini, pastikan anda mendapatkan kebenaran terlebih dahulu kerana pulau ini adalah salah satu daripada pulau persendirian.

Pulau Tengah

Pulau Tengah - Main Image
Sumber: Batu Batu – Tengah Island

15 km dari Jeti Mersing terletaknya sebuah pulau iaitu Pulau Tengah yang jika boleh menulis diarinya sendiri, pasti banyak cerita menarik yang ingin disampaikan.

Selai itu, dek kerana keindahan terumbu karang dan kepelbagaian hidupan marin di dasar laut yang mengelilinginya, pulau ini telah digazetkan sebagai Taman Laut. Di samping itu, bentuk geografi pulau ini yang berbatuan menambahkan lagi pesona eksotiknya untuk anda bergambar dengan sepuas hati. Rancanglah aktiviti anda di pulau ini, anda pasti tidak dapat melupakan keindahannya.

Pulau Besar (Pulau Babi Besar)

Pulau Besar - Main Image
Sumber: Be Wilderness

Pulau Besar dahulunya digelar Pulau Babi Besar kerana dikatakan pada waktu itu terdapat banyak babi hutan yang berkeliaran, namun jangan risau, kerana sekarang babi ini telah menghilangkan diri. Kini, anda dapat menikmati keindahannya dengan penuh ketenangan.

Anda boleh berkelah dan bersantai sambil menikmati pemandangan pantai yang berpasir putih bersih ini. Setelah puas berjemur, jangan melepaskan peluang untuk menyelam skuba kerana  dasar lautnya cukup memukau dengan hidupan marin dan batu karang yang penuh warna-warni.

Segalanya dapat dilihat dengan jelas melalui air laut yang jernih. Anda juga boleh merancang untuk menerokai kawasan kampung yang terdapat di pulau ini untuk membuka mata anda tentang kehidupan masyarakat di pulau.

Pulau Tinggi

Pulau Tinggi - Main Image
Sumber: Flying Duck Studio

Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Tinggi adalah 30 minit perjalanan bot dari Jeti Tanjung Leman. Kalau anda nak tahu, pulau ini menempatkan gunung yang tertinggi jika dibezakan dengan gunung yang terdapat di pulau-pulau di sekitarnya.

Yang menariknya, gunung ini juga kelihatan seperti topi bila dipandang sekali,  sehingga ia pernah diberi gelaran sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China ratusan tahun yang lalu. Gunung ini adalah Gunung Semadu yang berketinggian sekitar 2000 kaki dari paras laut.

Kekayaan hidupan marin di dalam air laut biru yang mengelilingi pulau ini menjadikan Pulau Tinggi sebagai salah satu lokasi yang terkenal dalam kalangan penyelam.

Anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk berjungle trekking di pulau ini untuk menuju ke kawasan air terjun dan kolam kecil yang indah. Masa yang diambil untuk ke sana adalah dalam sekitar 35 ke 40 minit.

Pulau Sibu

Pulau Sibu - Main Image
Sumber: Tourism Johor

Sama juga seperti Pulau Tinggi, Pulau Sibu hanya boleh diakses dari Jeti Tanjung Leman. Sampai sahaja di pulau ini, anda akan terasa seperti berada di dalam sebuah syurga indah dengan udara segar, dan pantai yang cukup mengujakan keindahannya.

Mungkin anda ingin memulakan aktiviti di pulau ini dengan hanya bersantai di pantai berpasir putih ini untuk menikmati pemandangan sepuas hati, setelah itu, anda boleh merancang untuk melakukan banyak aktiviti air lain yang boleh diatur dengan pihak resort yang terdapat di sini sama ada banana-boating, bola pantai, menaiki jet-ski, menyelam skuba dan sebagainya.

Walaupun hanyalah sebuah pulau yang kecil pulau ini memiliki 4 buah pantai di bahagian timurnya. Manakala, selatan pantai pula adalah spot yang terbaik untuk anda menyelam menikmati fauna lautan kerana terlindung dari tiupan angin.

Pulau Sibu boleh dikatakan antara pulau yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan namun masih mengekalkan ketenangan flora dan faunanya.

Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil - Main Image
Sumber: Syok Pulau Mersing

Untuk menuju ke Pulau Pemanggil yang terletak 45 km dari Mersing ini, anda dapat menikmati perjalanan bot selama 4 ke 5 jam. Perjalanan panjang untuk ke pulau kecil ini terasa sungguh terbayar kerana mampu memenuhi impian percutian anda.

Berpasir putih keemasan, dasar laut dengan batu karang yang memakau pandangan dan hidupan laut yang pelbagai membuatkan anda tertanya-tanya sama ada di dalam dunia sebenar atau mimpi.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Pemanggil juga adalah salah satu hotspot yang memiliki banyak lubuk rahsia. Rahsia apa? Sebenarnya di sekitar Pulau Pemanggil ini anda boleh memancing untuk membawa hasil tangkapan yang pasti membuatkan anda tersenyum lebar.

Antara hasil tangkapan yang boleh anda dapati di sini adalah barakuda, kerisi, tongkol, tambak, kerapu, asoh, tarap, kaci dan sebagainya. Bagi anda yang teringin makan sotong pula, musim mencandat sotong adalah dari pertengahan bulan Ogos hinggalah ke akhir September.

Pergh! Nikmatnya bila makan hasil laut segar di tepi pantai yang indah sambil menikmati air kelapa. Keseronokan yang sukar diungkapkan.

Pulau Dayang

Pulau Dayang Johor - Main Image
Sumber: Tourism Malaysia

Bukan Pulau Dayang di Langkawi ke? Jangan tak tahu, di Johor pun ada Pulau Dayangnya. Walaupun memiliki kawasan pantai yang sungguh mengasyikkan keindahannya, Pulau Dayang ini agak tenang tanpa pelancong yang datang berbondong.

Mungkin kerana kedudukannya yang agak jauh dari jeti, kerana masa yang diambil untuk sampai ke sini adalah dalam sekitar 5 jam.

Pulau yang penuh privasi ini juga cukup sesuai bagi anda yang baru ingin berjinak dalam dunia menyelam, kerana di sini anda boleh mendapatkan kursus menyelam daripada mereka yang sudah berpengalaman.

Dah pandai menyelam barulah syok nak melawat banyak lagi pulau yang lain. Pada waktu malam pula, anda boleh berbaring di pasir pantai sambil menikmati pemandangan bintang berkelipan yang cukup jelas.

Pulau Aur

Pulau Aur Johor - Main Image
Sumber: Singaporean

Sepertimana pulau-pulau di sekitarnya, Pulau Aur juga tidak kurang hebat keindahan panorama dalam laut birunya. Kaya dengan pelbagai spesies hidupan laut dan batu karang yang berwarna-warni, Pulau Aur adalah antara lokasi terbaik bagi para penyelam dan bagi mereka yang ingin bersnorkeling.

Syurga tropika ini juga menjadi tempat persinggahan ramai nelayan oleh kerana kekayaan hasil lautnya. Mungkin anda juga boleh mencuba? Dapatlah makan hasil laut yang segar hasil tangan sendiri sambil menikmati pemandangan mengasyikkan.

Bagi anda yang berniat untuk menyelam skuba di dalam lautan indah sekitar Pulau Aur ini, dicadangkan untuk datang antara bulan April – Oktober kerana kejernihan air pada waktu itu cukup baik.

Pulau Kukup

Pulau Kukup Johor - Main Image
Sumber: Pulau Kukup

Pulau yang berkeluasan 800 ekar ini, Pulau Kukup, memiliki kawasan paya bakau yang berkeluasan 647 hektar menjadikan ia paya bakau yang terbesar di Malaysia. Pulau ini menjadi tempat pembiakan banyak hidupan seperti ketam, udang, pelbagai jenis ikan unik dan macam-macam lagi.

Diisyhtiharkan sebagai Tanah Lem­bap Berkepentingan Antarabangsa, Pulau Kukup dapat membuka mata anda mengenai ekosistem yang wujud di dalam alam semula jadi paya bakau dan hutan yang terjaga.

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menaiki jambatan gantung berkepanjangan 600 meter yang digelar Arboretum untuk menerokai kawasan paya bakau.

Anda dapat melihat kehadiran pelbagai jenis hidupan air sambil menikmati udara yang melapangkan dada. Jangan lupa juga untuk bergambar dengan pokok bakau minyak yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang terdapat di sini.

Aktiviti lain yang tidak patut dilepaskan di sini adalah menaiki bot untuk menyelusuri sungai-sungai sambil melihat kehadiran burung yang banyak berterbangan di awan.

Pulau Harimau

Pulau Harimau - Main Image
Sumber: Chin Yan

Pulau Harimau? Macam seram sahaja bunyinya. Bertenang! Pulau ini diberikan nama Pulau Harimau kerana bentuknya yang kelihatan seperti harimau jika dilihat dari sudut pandangan burung yang berterbangan di angkasa dan bukan kerana kehadiran harimaunya.

Pulau yang hanya boleh diakses dari Jeti Mersing ini adalah syurga bagi para penyelam kerana airnya yang jernih bak kristal. Betapa jernihnya air di pulau ini sehinggakan anda dapat melihat panorama dalam laut dengan hanya berdiri di tepian pantai.

Banyak sekali ikan-ikan comel dan batu karang pelbagai warna yang boleh dilihat di sekitarnya sehingga membuatkan anda terasa seperti ingin tinggal di sini lebih lama dari sepatutnya. Tapi sedihnya, tiada sebarang penginapan di pulau ini kerana ia merupakan salah satu pulau persendirian. Penginapan terdekat dengan pulau ini adalah di Pulau Rawa.

Pulau Rawa

Pulau Rawa Johor - Main Image
Sumber: Apakes

Pulau Rawa, sebuah pulau di Johor yang sungguh indah dengan pantai berpasir putih bersih dan dasar laut yang mempesonakan.

Anda dapat menikmati panorama indah hidupan marin yang terdapat di dasar laut serta batu karang dengan bersnorkeling di pantai jernih kebiruan ini. Keindahan Pulau Rawa turut ditambah dengan kehijauan kawasan daratnya yang tebal dilitupi hutan.

Oleh sebab itu, cara yang terbaik untuk anda menikmati keindahan pulau ini adalah dengan berkanu di sekitarnya pada hari laut tenang.

Cara lain untuk menikmati keindahannya adalah dengan bertrekking di timur pulau ini. Kenapa di bahagian timur? Kerana di sini disediakan 270 anak tangga untuk memudahkan anda menuju ke puncak pulau ini. Kepenatan yang dirasa sewaktu mendaki akan hilang sebaik melihat pemandangan yang terbentang terutama sekali sewaktu matahari terbenam.

Percutian terindah tidak disangkal lagi dapat dinikmati di pulau-pulau yang penuh dengan privasi. Keindahan yang ditawarkan dapat melukis memori yang sukar dilupakan sehingga ke akhir hayat.

Pemandangan pantai berpasir putih, air laut yang kejernihannya membuka mata kepada panorama hidupan marin, ditemani bunyi burung berterbangan dan angin laut yang lembut, ini adalah sebuah pengalaman yang diimpikan ramai orang.

Namun begitu, ramai yang masih menanti waktu yang sesuai untuk memulakan eksplorasi dunia eksotik ini. Anda rasa boleh tunggu lebih lama untuk menikmati semua ini?

Jangan buang masa lagi, bawalah keluarga anda bercuti ke pulau-pulau mempesonakan yang terdapat di negeri Johor ini. Selamat menikmati percutian tropika untuk pengalaman percutian yang penuh magika!

Sumber: MaiSinggah.com

Pulau Aur,Mersing,Johor

Pulau Aur kat Mersing ini sebenarnya kumpulan 3 pulau. Dan bila kat sini, memang boleh bersihkan kepala dari segala masalah ofis, masalah universiti semua. Sebabnya elektrik kat sini cuma ada bila siang sahaja. Bar telefon hampir tak ada. Wifi? Kalau bar telefon pun hampir tak ada, apa lagi wifi bang oi?

Jarak nak ke sini dalam 2 jam 30 minit naik bot dari jeti Mersing. Dan chalet yang ada kat sini jenis ala homestay kampung. Tak ada aircond. Ada kipas sahaja.

Pulau Aur di Mersing johor

Tapi apa yang anda dapat, ialah kembali ke zaman semuanya simple-simple belaka. Nak mandi, nak snorkeling kat laut yang serba biru semuanya dua tiga tapak dari gigi air sahaja. Pendek kata, ini tempat untuk anda yang betul-betul nak cari damai masa cuti.

Dan sebab jaraknya yang jauh dari tanah besar semenanjung, pulau ini dikatakan antara pulau tropika paling dara di antara yang ada. Dan tak macam Redang atau Tioman, pulau ini memang kurang pelancong dalam atau luar negeri.

Apa Ada Kat Pulau Aur?

Kat sini ada kampung nelayan kecil. Dan beberapa tempat menginap untuk pelancong yang dibuat oleh penduduk kawasan pulau ini juga. Tapi jangan kalut. Pulau ini ada sekolah, balai polis semua juga kat Kampung Teluk Sakinah. Tapi saiznya tak macam yang biasa anda jumpalah ya.

snorkeling dengan penyu di pulau aur

Kat pulau ini anda memang boleh snorkeling puas-puas. Sebabnya pulau Aur ini adalah kumpulan 3 pulau – Pulau Dayang dengan Pulau Lang kat utara dan Pulau Pinang kat selatan. Nak snorkeling tepi laut boleh, nak naik bot pergi pulau lain pun boleh.

snorkeling kat pulau aur johor
batu karang pulau aur johor

Dan kalau nak tengok panorama laut, selalunya orang akan naik ke Letak Semalu kat Pulau Dayang. Jangan risau sebab guide akan teman anda dalam pendakian 40 minit ini.

Kalau anda dah ambil pakej ke sini, jadual untuk makan, snorkeling, hiking semua dah diatur, anda cuma ikut sahaja.

//servedby.eleavers.com/ads/ads.php?t=MjI3NjY7MTM2ODc7c3F1YXJlLm1lZGl1bV9yZWN0YW5nbGU=&index=1

Cara Ke Pulau Aur, Johor

Nak ke sini, kena naik bot dari jeti Mersing. Tapi bot dari jeti ini ke Pulau Aur pun bukannya sentiasa ada. Selalunya, urusan bot pergi balik anda dah diuruskan dengan pengusaha chalet kat Pulau Aur.

Pulau Aur ini adalah pulau paling jauh dari tanah besar Malaysia. Jaraknya dalam 70km. Jadi banyak bersabar menunggu nak nampak darat bila dah naik dalam bot. Bawa minyak angin. Kalau tak biasa, trip ini bakal mengeluarkan isi perut dan buat pening kepala.

batu karang pulau aur di mersing johor

Benda Wajib Tahu

  • Disebabkan jaraknya, tak berbaloi kalau bot datang nak ambil anda seorang. Selalunya ada minimum pax yang diperlukan untuk booking. Ada yang akan terima anda kalau anda datang 4 orang ke atas, ada yang perlu 10.
  • Hanya bawa balik memori. Jangan bawa balik batu karang, tapak sulaiman atau apa-apa yang anda jumpa, walaupun di tepi pantai. Kawasan ini adalah kawasan Taman Laut Sultan Iskandar yang memang dipelihara (Marine Park). Kalau kantoi, boleh kena denda RM 5000.

Pulau Aur Dulu-Dulu

Walaupun penduduk yang ada dalam pulau ini kebanyakannya nelayan, dan pulau ini nampak aman damai, sebenar zaman dulu, tempat ini kawasan askar berperang.

Dikatakan inilah perairan tempat askar Perancis dan England berperang dalam 100 tahun dulu. Dan dalam kawasan laut ini jugalah dikatakan banyak kapal karam yang masih menyimpan harta dalam perutnya.

TRAFFICONIC | Get Free Traffic to Your Website or Blog

Pulau Rawa,Mersing,Johor

Kalau nak merasa bercuti macam royalti, Pulau Rawa ini antara tempatnya kalau anda kat Johor. Sebabnya pulau ini adalah pulau persendirian milik Tuanku Sultan Johor.

Kalau anda nak merasa cuti dalam pulau terpencil, ini antara tempatnya. Pulau kecil ini tak ada kenderaan. Nak ke sana sini, boleh jalan kaki.Pemandangan dari Rawa Island Resort

Pemandangan dari Rawa Island Resort

Tak ada kedai duty free, apa lagi mall nak habiskan duit hubby.

Yang ada adalah air jernih, ikan warna warni, suasana pulau dan pemandangan laut membiru. Amat sesuai untuk orang yang betul datang nak jauh dari suasana hutan batu.

Mahal ke Nak Pi Sini?

Pemandangan dari Alang's Rawa

Pemandangan dari Alang’s Rawa

Secara kasar, sediakan dalam RM 1000 seorang untuk berehat di Rawa selama 2 hari (anggaran harga tahun 2019). Kos ini mungkin lebih rendah kalau anda tinggal di hut bajet (di Alang’s) atau lebih tinggi (kalau anda kuat makan atau anda ambil pakej lebih mahal di Rawa Island Resort).

Dan harga kat atas, adalah harga berkongsi 2 orang sebilik. Kalau lebih ramai dalam 1 bilik, lebih murah.

pulau rawa mersing johor

Harga ini sudah termasuk bot pergi balik, penginapan, makan pagi, tengahari dan malam. Kalau anda nak makan extra, ada makanan yang dijual kat sini. Tapi disebabkan ianya pulau, harga memang batuk berpanjangan.

Air mineral hampir RM 10 sebotol manakala nasi goreng dalam RM 15.

Selain itu ada yuran Taman Marin yang kena bayar di jeti. Sekitar RM 20 untuk orang Malaysia dan RM 50 orang luar negara (harga tepat sehingga Disember 2019).

Apa Yang Anda Boleh Buat Kat Pulau Rawa?

Snorkeling
Kat pulau putih dengan air biru muda ini, nak layan ikan, tak perlu pergi jauh-jauh. Tepi pantai atau kat bawah jeti sahaja dah boleh jumpa ikan kecil, besar.

Tapi disebabkan dekat dengan pantai pun sudah ada batu karang, mandilah waktu air pasang. Takut nanti rabak kaki terpijak batu karang tajam.

Mandi Laut
Kat tepi laut ada water slide / gelongsor yang boleh anda layan. Tak kisah lah anda kecil atau dah berusia.

Main Kayak
Ada kayak yang anda boleh sewa kat resort.

Beach Volleyball
Dengan kawasan pantai putih, memang syok kalau main volleyball untuk yang datang ramai-ramai.

Jungle Trekking
Kalau rajin nak panjat tempat tertinggi kat Pulau Rawa ini, anda boleh nampak panorama laut sehingga ke kawasan pulau lain yang berhampiran (kalau cuaca cerah).

Penginapan di Pulau Rawa

Kawasan tepi pantai di Alang's Rawa

Kawasan tepi pantai di Alang’s Rawa

Buat masa ini, dalam pulau Rawa ada 2 sahaja tempat anda boleh menginap. Anda boleh pilih Alang’s Rawa (kalau nak simple dan lebih murah) atau Rawa Island Resort (yang nak lebih selesa).

Pulau ini hanya ada penginapan ini sebab ia pun tak besar mana.Antara penginapan menghadap laut di Rawa Island Resort

Antara penginapan menghadap laut di Rawa Island Resort

Cara Ke Pulau Rawa Johor

Nak ke sini, anda perlu ke jeti Mersing. Jeti Mersing ini dalam 5 jam memandu dari Kuala Lumpur.

Dari jeti Mersing, anda akan naik bot ke Pulau Rawa. Jaraknya dari jeti dalam 19 km. Dan anda bakal duduk dalam bot selama 30 minit.

Jangan pening cari bot nak naik. Sebab selalunya orang tak ke sini untuk day trip. Kalau anda ke sini dan menginap, urusan pergi balik bot selalunya memang sudah termasuk dalam pakej.

Tips Penting Pada Pengunjung

  • Tak ada aircond kat Alang’s Rawa. Air mandi pun bukan air paip tapi air yang bergaram juga. Jadi lepas mandi memang tak sama segar macam kat rumah. Memang island life kata orang Lambor. Kalau nak beraircond, kena pi resort satu lagi.
  • Rawa Island Resort lebih selesa. Kat sini ada air-cond sampailah ke spa. Pendek kata, tempat ini untuk mereka yang ada bajet sedikit tinggi sampailah ke tahap raja-raja.
  • Untuk keluarga, Alang’s Rawa mungkin tidak sesuai. Disebabkan harga dan bilik yang boleh memuatkan kumpulan besar, anda mungkin akan dapati kumpulan pelancong yang ramai yang berparti sampai pagi di sini.
  • Tak ada kedai runcit di sini. Beli barang kudapan dan air mineral sebelum naik bot di jeti.
  • Tak ada TV di sini.
  • Walaupun di sini tak ada tempat shopping, anda perlu bawa duit. Pertama kalau perlu makanan lebih dari yang diberi resort. Dan kedua kalau anda nak sewa apa-apa, mereka perlukan deposit dalam RM 50 – 100.
TRAFFICONIC | Get Free Traffic to Your Website or Blog

Pulau Sibu,Mersing,Johor

Tak macam pulau lain kat Mersing, Pulau Sibu ini tak berapa terkenal sebab kawasan pantainya bercampur – dari kawasan berbatu sampailah ke kawasan pantai pasir halus.

Dan cara nak ke sini pun tak mudah macam nak ke pulau lain sekitar Mersing.

kayak pulau sibu

Selalunya yang datang ke sini, adalah kaki pulau yang sudah layan pulau-pulau terkenal lain seperti Rawa dan mahu layan pulau layan untuk mereka teroka.

Apa Ada Kat Pulau Sibu

Ramai yang datang ke sini untuk memancing ataupun geng pencinta alam yang nak tengok pulau kecil yang ada bermacam jenis ekosistem.

Sebabnya kawasan pulau ini ada pantai berbatu, berselut, berpasir, hutan, paya bakau. Mana nak cari tempat macam ini dalam satu tempat kan?

Untuk yang nak layan snorkeling, kawasan Pulau Sibu tak berapa sedap untuk menyelam layan ikan. Jadi pakej snorkeling yang ada akan bawa anda snorkeling di Pulau Kukus  atau Pulau Tinggi yang ada berhampiran (15 minit dari Pulau Sibu).

Walaupun begitu, kalau anda nak melayan coral, kawasan sekitar Pulau Sibu dan Kukus memang sudah kurang coralnya. Dan keadaan airnya tak sejernih yang anda harapkan.

Tapi mungkin sebab air sebeginilah, kawasan ini diketahui menjadi habitat dugong.sari pacifica sibu

Kawasan resort sari pacifica di pulau Sibu.

Apapun, Pulau Sibu ini ada kampung dan ada chalet yang tarafnya 3 bintang (Sari Pacifica Resort). Jadi kalau anda nak berehat kat pulau yang rare dan tak terkenal, ini antara pilihan yang ada kat Johor.

Cara ke Pulau Sibu

Untuk ke Pulau Sibu, anda perlu mengambil bot di jeti Tanjung Leman.

Dari Johor Bharu ke jeti ini, masanya sekitar 2 jam perjalanan. Dan kalau anda dari Mersing, jaraknya dalam 1 jam perjalanan.

Perjalanan ke Tanjung Leman mula kurang selesa apabila anda mula masuk ke jalan Tanjung Leman. Anda bakal melalui kawasan felda yang agak sunyi, sempit dan dikelilingi pokok kelapa sawit. Dan keadaan jalan juga kurang baik disebabkan kiri kanan jalan ini adalah tanah merah. Perjalanan yang kurang selesa ini bakal anda rasa dalam 30 minit (30 km).

Pastikan petrol anda cukup masuk ke kawasan Tanjung Leman.

Bila anda sampai di jeti Tanjung Leman, anda boleh naik bot (selama 30 minit) ke Pulau Sibu.

TRAFFICONIC | Get Free Traffic to Your Website or Blog

Melancong ke Pulau Tioman

Otot anda mengimpikan aktiviti lasak? Mata anda merindukan pemandangan yang menyegarkan? Jiwa anda mendambakan ketenangan? Atau anda nak bershopping sakan tanpa rasa bersalah?

Apa kata kalau pada musim cuti akan datang anda sekeluarga menuju ke Pulau Tioman.  Pulau yang terletak di negeri Pahang ini walaupun kecil dengan hanya berkepanjangan 20 km dan berkelebaran 12 km, tarikan yang ditawarkannya sangat luar biasa.

Dikuasai oleh hutan hujan yang tebal dan dikelilingi oleh perairan yang kaya dengan hidupan marin, Pulau Tioman menawarkan 1001 sebab untuk pencinta alam semula jadi datang bagi meneroka pulau ini.

Disenaraikan dalam artikel ini adalah 12 tarikan dan aktiviti yang mesti dilakukan di Pulau Tioman. Teruskan membaca senarai tempat menarik di Pulau Tioman ini.

Salang

Salang Village Tioman
Sumber: tioman.org

Dikelilingi oleh hutan hujan yang mekar, Salang merupakan sebuah lokasi tarikan di Pulau Tioman yang tidak patut dilepaskan.

Di sebalik keindahan alam semula jadinya ini, ia juga padat dengan pelbagai kemudahan untuk para pelancong serta tawaran aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan.

Di sinilah terletaknya pantai yang indah dengan air yang kejernihannya mampu memukau jiwa sesiapa sahaja. Bila diselami perairannya, anda akan terpesona melihat pembentukan terumbu karang yang menarik pandangan mata.

Selain menyelami dunia dalam air, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah merentasi hutan hujannya yang tebal dan bukit yang curam melalui denai yang berkepanjangan 3.5 km.

Dengan menempuhi laluan ini, anda akan sampai ke Panuba Bay dan Ayer Batang ataupun Kampung ABC. Masa yang diambil untuk merentasi laluan yang dikelilingi flora dan fauna ini adalah dalam sekitar 2 jam. Jangan lupa untuk berpakaian dan berkasut yang sesuai.

Kampung Tekek

Kampung Tekek Pulau Tioman
Sumber: Tioman.org

Kampung Tekek adalah lokasi yang paling penting di Tioman, bukan hanya kerana ianya merupakan kawasan perkampungan terbesar di Tioman tapi juga kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran untuk pulau ini.

Sebagai sebuah kawasan yang penting, Kampung Tekek mempunyai fasiliti yang cukup sempurna. Antara yang terdapat di sini adalah pejabat imigresen, bank, bangunan kerajaan, sekolah, klinik, masjid, kedai-kedai makan dan banyak lagi. Selain itu, Kampung Tekek juga adalah jalan masuk utama untuk ke Tioman sama ada melalui pengangkutan laut ataupun udara.

Lebih sebab untuk anda banyak menghabiskan waktu di kampung ini adalah kerana di sinilah anda boleh bershopping sakan untuk membeli pelbagai barangan yang termasuklah keperluan rumah dan pakaian, kenapa? Kerana Pulau Tioman juga memegang status sebagai Zon Bebas Cukai sejak tahun 2002, takkan nak lepaskan begitu je kan?

Air Terjun Asah

Air Terjun Asah Pulau Tioman Image
Sumber: True Asia Media

Di pulau ini sebenarnya terdapat beberapa buah lagi air terjun, namun yang paling ‘legend’ adalah Air Terjun Asah yang merupakan air terjun yang terbesar di pulau ini.

Lokasinya, terletak di bahagian selatan Pulau Tioman dan tidak jauh dari kampung Mukut. Untuk menuju ke sini, anda perlu berjalan dari kampung Mukut dalam masa selama 40 minit dan 20 minit daripada kampung Asah.

Sampai sahaja di kawasan air terjun, anda boleh berkelah sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung. Keindahan yang ditawarkan ini tak akanlah ingin dilihat dari jauh sahaja kan? Dah puas berjalan, inilah waktunya untuk anda menyegarkan kembali badan yang telah kepenatan.

Gunung Nenek Semukut

Gunung Nenek Semukut Pulau Tioman
Sumber: Mukut Coral Chalet

Gunung Nenek Semukut, bila dengar sahaja namanya, sudah terbayang, mesti ada sebab kenapa ianya dinamakan sedemikian, tapi, kisah yang dikaitkan dengan gunung ini tiada langsung kaitan dengan ‘nenek’ kerana ianya adalah tentang sepasang naga yang dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu sebelum berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang yang sepatutnya diikut.

Dalam kisah itu, naga betina berubah menjadi pulau yang kini dinamakan Pulau Tioman. Kalau dilihat dari kejauhan terdapat sebuah kawasan di pulau ini yang berbentuk seperti tanduk naga dan inilah yang dinamakan sebagai Gunung Nenek Semukut. Manakala naga jantan pula berubah menjadi sebuah gunung  bercabang tiga iaitu Gunung Daik.

Selain kisah mitos ini, Gunung Nenek Semukut juga turut terkenal dek kerana pembentukan ‘wajah’ manusia pada bahagian puncaknya. Kalau dilihat dengan teliti, kelihatan seperti wajah seorang lelaki yang lengkap dengan dagu, mulut, hidung dan bahagian dahi.

Lihat sahaja bentuk gunung ini, bayangkanlah kesukaran untuk mendaki menuju ke kawasan puncaknya. Kalau anda nak tahu, hampir keseluruhan laluan menuju ke puncak memerlukan pendakian. Jadi, pastikan stamina anda betul-betul mantap sebelum cuba untuk menakluki gunung ini.

Sekiranya anda adalah dalam golongan orang yang berani untuk menempuhi cabaran yang ditawarkan Gunung Nenek Semukut, maka anda dapat melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang eksotik dengan lebih dekat.

Gunung Kajang

Gunung Kajang Pulau Tioman
Sumber: vertical adventures

Kalau Gunung Nenek Semukut adalah gunung yang paling sukar untuk ditakluki kerana kecuramannya, Gunung Kajang pula menawarkan cabaran yang berbeza kepada pencinta aktiviti lasak kerana ketinggiannya yang mencecah awan iaitu 1038 meter! Inilah puncak yang tertinggi di Pulau Tioman. Kedudukannya yang berada di tengah-tengah Pulau Tioman menjadikan ia sebagai ‘tulang’ utama pulau indah ini.

Sebenarnya banyak fakta menarik untuk diceritakan mengenai gunung yang gah ini. Pertama, gunung ini turut dipanggil sebagai Palm Frond Mountain yang mana pada suatu ketika dahulu ia pernah menjadi mercu tanda bagi pelayar-pelayar Arab dan China sehinggakan nama gunung ini disebut dalam peta pelayaran.

Di samping itu, hutan yang melitupi gunung ini juga dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna yang unik yang hanyalah boleh ditemui di sini. Kalau anda nak tahu, bunga Rafflesia pun ada di sini. Bagi pencinta alam semula jadi, aktiviti merentas hutan di Pulau Tioman pasti akan menjadi salah satu memori yang terindah.

Island Hopping

Island Hopping Pulau Tioman Main Image
Sumber: pescart.com

Ingin memaksimumkan keseronokan anda di pulau ini? Rancanglah untuk ber’island hopping’ ataupun melompat dari satu pulau ke satu pulau di sini. Dengan cara ini, anda dapat menikmati keindahan yang ditawarkan segenap pelusuk Tioman yang pasti akan memberikan senyuman di wajah bila diingat kembali.

Antara pulau yang boleh dilawati adalah Pulau Chebeh, Pulau Sembilang, Pulau Sepoi, Pulau, Labas, Pulau Sri Buat Tokong Bahara dan Pulau Jahat.

Namun sekiranya anda kesuntukan masa, anda boleh melawat Pulau Tulai yang dikatakan sebagai sebuah destinasi pulau yang paling best di sekitar Tioman. Di sini, kawasan pantainya cukup indah dengan pasir yang putih dan air laut yang cukup jernih.

Kalau anda bernasih baik, anda mungkin akan terserempak dengan kehadiran ikan lumba-lumba yang berenang dengan ceria di sekitar perairan.

Batu Malang

Batu Malang Pulau Tioman Main Image
Sumber: Faizal Omar

Sebelum bercuti ke Pulau Tioman, penting untuk anda tahu lokasi yang wajib disinggahi untuk aktiviti menyelam yang paling best dalam hidup. Kalau di Pulau Tioman ni, jawapannya adalah di Batu Malang.

Kawasan perairannya terdapat banyak pembentukan batu karang yang menarik. Spesies ikan yang boleh ditemui juga teramatlah banyak dan antaranya adalah ikan barracuda, butterfly fish, clownfish (Ikan Nemo), cuttlefish, lion fish, parrotfish dan banyak lagi ikan berwarna-warni yang lain. Percayalah, penerokaan bawah air sekitar Batu Malang ini sungguh mengujakan.

Disebabkan betapa terkenalnya lokasi ini, Batu Malang agak padat pada musim cuti ataupun hujung minggu.

Monkey Bay

Monkey Bay Tioman - Main Image
Sumber: Au gré du vent

Monkey Bay adalah sebuah tarikan semula jadi pantai mendamaikan jiwa yang terletak di belakang Kampung Salang. Pantai indah ini dikelilingi oleh kehijauan hutan yang tumbuh mekar di sekitarnya.

Kawasan pantainya pula cukup menarik untuk dijadikan lokasi berkelah di mana anda boleh menghamparkan tikar di atas pasirnya yang berwarna putih bersih dan berehat menikmati pemandangan air laut yang jernih bak kristal. Kejernihan air laut di sini menjadikan ia salah sebuah lokasi snorkeling yang terkenal di Pulau Tioman.

Pulau Renggis

Pulau Renggis Tioman - Main Image
Sumber: Mann Bahrom

Terletak tidak jauh dari Kampung Tekek adalah sebuah tarikan indah yang menjadi kegemaran para penyelam kerana pemandangan dasar lautannya yang sungguh meriah dengan warna-warni ikan yang bergerak bebas dan juga pembentukan batu-batu karang.

Pembentukan batu karang di sini juga dikatakan sangat pelbagai sehinggakan anda berkemungkinan dapat melihat spesies yang tidak pernah ditemui di kawasan lain.

Secara spesifiknya, pulau ini terletak betul-betul di hadapan tempat penginapan Berjaya Tioman Resort. Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan pakej-pakej yang ditawarkan untuk meneroka kawasan perairan di sekitar.

Inilah antaranya tempat menarik di Pulau Tioman yang menanti ketibaan anda. Walaupun hanyalah kawasan yang kecil, daya magnetik pulau ini cukup kuat sehingga mampu menarik pelancong daripada serata dunia.

Mana tidaknya, alam semula jadi yang ditawarkan pulau ini bukan sahaja indah untuk dinikmati, tapi juga cukup menarik untuk dijadikan lokasi untuk melakukan segala macam aktiviti yang menggegarkan kehidupan, daripada menyelam skuba hinggalah kepada island hopping, bermacam perkara menarik yang boleh dilakukan di sini.

Sumber:MaiSinggah.com

TRAFFICONIC | Get Free Traffic to Your Website or Blog
Design a site like this with WordPress.com
Get started